Namun, menurut penasihat DAP, Lim Kit Siang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar dicalonkan menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) susulan peletakkan jawatan pengarah urusannya Dominique Strauss-Kahn beberapa hari lalu.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat Zeti Akhtar mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.
"Saya fikir inilah masa yang terbaik untuk Malaysia mencadangkan Tan Sri Zeti menjadi pengarah urusan IMF... Sebelum ini, kerajaan selalu mengkiritik IMF kerana badan itu tidak objektif dan tidak membantu dan menekan negara-negara.
"Jadi saya fikir jawatan tersebut (perlu) dipindahkan ke Asia... Kecemerlangan dan ketegasan yang ada pada Tan Sri Zeti melayakkan beliau duduk di situ," katanya dalam satu sidang media di ibu negara pagi tadi, lapor Malaysiakini.
Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kekosongan kerusi pengarah urusan badan dunia itu selepas Dominique dilapor melepaskan jawatannya beberapa hari lalu atas tuduhan tersebut.
Beliau didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual termasuk merogol seorang pekerja hotel berusia 32 tahun dalam kejadian di Hotel Sofitel, di New York minggu lalu.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata Zeti juga mampu untuk menguruskan badan kewangan dunia itu berdasarkan pengalaman Malaysia yang memperkenalkan perbankan Islam di negara ini.
"Ini boleh dibawa supaya IMF dapat melihat sendiri bagaimana unsur-unsur perbankan Islam ini, dapat diterapkan dalam sistem kewangan dunia hari ini.
"Ini peluang terbaik, bagi saya, apatah lagi kita dapat mencalonkan seorang wanita sebagai pengarah urusan IMF," katanya.
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment