Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh
Golongan  yang mengatakan pensyariatan qunut di dalam sembahyang subuh telah  berhujah dengan hadis riwayat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah  berqunut selama sebulan, mendoakan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di  telaga Ma’unah, kemudian baginda meninggalkannya. Adapun di dalam  sembahyang subuh, baginda terus berqunut sehinggalah wafat. (HR  al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim - sahih)
Al-Syaukani  memberi komentar terhadap hadis ini, seandainya hadis di atas itu sahih  sudah tentu tidak akan berlaku pertelingkahan (antara ulamak), tetapi  hadis ini diriwayatkan dari jalan Abu Ja’far al-Razi, dan dia dikatakan  orang yang mencampur adukkan dan buruk hafalannya. Ada diceritakan oleh  sebahagian ulamak bahawa dia adalah orang yang dipercayai (thiqah) oleh  bukan seorang sahaja.

"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment