Apa beza antara mantan MB Derih Jusoh dengan MB Terengganu Mat Said? K
eduanya dari UMNO. Daerah yang berbeza. Derih dari Besut manakala Mat Said dari Kemaman. 
Dulunya   mereka berdua amat akrab. Bak kuku dengan isi.Tebing dengan aurnya.   Dalam Sidang DUN misalnya zaman Derih Jusoh jadi MB, Mat Saidlah jadi   panglima untuk Derih Jusoh. 
Dibelanya  Derih jika ada serangan dari PAS. Bahkan  ADUN Wakaf Mempelam diajaknya  bergocoh demi sayang dan ampunya kepada  Derih Jusoh. 
Begitu  juga kes Masjid Bujal  yang terletak dalam DUN Kijal kawasan Mat Said,  keduanya saling  "bergotong royong" meruntuhkan Rumah Allah. ( Gandingan  Yahudi Aaron  Sharon dan Netanyahu tidak berani runtuhkan Masjid di  Palestin tetapi  gandingan Melayu ini begitu berani berbuat demikian  keatas Masjid Bujal  ) 
PRU 12 mengubah  segala-galanya. Bermula  Mat Said terima "pinangan" Istana untuk jadi MB,  disitulah bermula  segala-galanya. Derih Jusoh yang terkenal kurang  ajarnya dengan Sultan  Mizan mula membaca rentak silat Mat Said. 
Sampai   kini Mat Said tidak "berani" masuk daerah Besut. Tetapi Derih Jusoh   bebas memasuki Kemaman atas kapasiti Pengerusi MARA yang jaga sekolah   MRSM. 
PRU 13 bakal sekali lagi melihat  pencaturan  Derih Jusoh dalam usaha memasuki Wisma DarulIman kali kedua  manakala  Mat Said sedang perkemaskan kubunya untuk beertahan hingga  titisan  "royalti" untuk pertahanankan Wisma DarulIman. 
Hakikatnya,   rakyat Terengganu melihat Derih Jusoh dan Mat Said mempunyai rekod   buruk terhadap Negeri Terengganu. Derih Jusoh manusia yang   bertanggungjawab menghasut Pusat merampas royalti minyak Terengganu   manakala Mat Said pula manusia yang "hebat" mendapat kembali royalti   minyak dengan sekadar dapat "replika cek tendang" dari Pusat. 
Keduanya mempunyai "trademark" masing-masing. Derih dengan "natang" manakala Mat Said dengan "replika cek tendang". 
Yang pasti, keduanya adalah "Cap Ayam" keluaran dari Ganu Kite! 
Banggakah mung orang Ganu? 
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment