SHAH ALAM 15 MEI: Politik ugutan yang berlaku sejak kebelakangan ini umpama barah yang boleh merosakkan keharmonian negara dan perlu dikekang oleh pihak yang berwajib.
Tindakan proaktif dan efisyen pihak polis tentunya dituntut supaya individu yang bertanggungjawab dalam membuat ugutan dan sebagainya dikenakan hukuman yang setimpal di atas jenayah yang dilakukan.
Menurut ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang merupakan seorang peguam, tindakan mengugut bukanlah sesuatu yang boleh dibuat mainan dan tindakan tegas harus diambil.
“ Pada saya isu ini serius apabila sampai tahap seorang wanita dan ibu mendapat ugutan. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk kita dapat mengatasi masalah ini,"katanya merujuk kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima Nurul Izzah minggu lalu.
Izzah minggu lalu telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang wangi berhubung ugutan SMS yang diterimanya.
Dalam laporan polis berkenaan, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seorang yang tidak dikenali.

“Sebagai seorang peguam perkara ini cukup serius dan pihak polis perlu bertindak segera dengan siasatan yang rapi dengan secepat yang boleh,” tegas Gobind.
Menerusi SMS berkenaan, ahli parlimen Lembah Pantai itu yang mempunyai dua orang anak, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar diancam "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.
SMS penuh yang diterima berbunyi seperti berikut:
“YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie. Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang
ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi. Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab".

Terdahulu pemandu peribadi Anwar, Abdulah Sani Said yang berkhidmat dengan Anwar sejak 28 tahun lalu membuat laporan polis terdapat usaha untuk membunuh atau
mencederakan Ketua Umum PKR itu.
Dalam kejadian pada 19 April itu, beliau yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz S350 sedang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
yang kemudiannya terpaksa berhenti secara kecemasan apabila kereta berkenaan tiba-tiba bergegar kuat dan tayar belakangnya seolah-olah terkunci.
Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya 10 Mei lalu.
Sementara itu, ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, insiden seumpama ini yang sudah dilaporkan kepada pihak polis harus disiasat segera kerana ia melibatkan nyawa seseorang.
“Daripada ugutan dan laporan yang dibuat, pihak polis kena buat siasatan. Jangan berlengah lagi. Sebab ugutan ini adalah ugutan nyawa. Ugutan ini membahayakan nyawa. Pada saya sendiri, sekiranya mana-mana pihak yang diugut, maka mereka buat laporan dan tunjukkan dari mana ugutan diterima dan pihak polis hendaklah bersedia membuat siasatan.
Sebelum ini Ketua Umum PKR dan juga presiden parti berkenaan diugut supaya meninggalkan arena politik sekiranya tidak mahu video yang mengandungi adegan seks
mirip pemimpin kanan Pakatan itu dihebahkan kepada umum.
Anwar didakwa pelaku dalam video seks berkenaan walaupun beliau berkali-kali menjelaskan bahawa individu berkenaan bukanlah dirinya.
Klip video 21 minit itu ditayangkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara sebelum ianya dimuatnaik di Youtube secara berperingkat-peringkat.
Sehingga ke hari ini, walaupun laporan Qazaf telah dibuat ke atas trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim- yang bertanggungjawab menayangkan video berkenaan-tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berwajib.

"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment