Pentadbiran   Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu   syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan   meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang   dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.
Soal pemotongan subsidi juga   menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri   sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan   mengalami kenaikan bulan depan.
Justeru Setiausaha Agung DAP Lim   Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)   yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan   perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu   rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10   kepada RM2.30 sekilogram.
“Keuntungan  yang diperoleh Felda  dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak  syarikatnya, MSM Malaysia  Holdings Bhd,” kata beliau dalam satu  kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri   Pulau Pinang berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956   merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di   kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah   akan mengembangkan perniagaan gulanya.
“Ini diikuti dengan   pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd   iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM   Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham   gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham   di Tradewinds.
“Ketika ini, Felda yang memiliki   salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang   pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar   Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham  dimiliki  Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim.
Lim menambah, tawaran umum   dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan   saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap   saham.
MSM merupakan ladang gula dan   beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada   pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.
Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.
Kata Lim, keuntungan sebanyak   RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan   subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.
Lim merujuk kepada kenyataan   ketua setiausaha kementerian kepenggunaan bahawa kenaikan harga gula   adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada   RM400 juta setahun.
“Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?
“Daripada menjalankan   tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan   miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh   rakyat Malaysia,” katanya.
Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.
“Sebaliknya, dengan dasar BN   yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu   syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin,   BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat   Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar   seperti Felda atau MSM,” katanya.
Lim menambah BN belum mampu   untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk   mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana   tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan   mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat   Malaysia biasa.
“Dasar sosioekonomi yang lebih   adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan   kaya dan bukan golongan miskin.
“(Oleh itu) DAP mendesak   kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula   yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk   memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya. - The Malaysian   Insider
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 23 Mei 2011 di Kuala Lumpur.
Kerajaan sepatutnya membantu   rakyat bukan membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan   gulanya sebanyak RM232 juta pada tahun 2010 dengan kenaikan harga gula   sebanyak 20 sen daripada RM2.10 ke RM2.30 sekilogram.
DAP kesal terhadap Kerajaan BN   yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan   perniagaan gulanya bernilai RM232 juta pada tahun 2010 berbanding   membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20sen daripada   RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. Keuntungan yang diperolehi oleh Felda   dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia   Holdings Bhd.
Untuk pertama kalinya, Felda   Land Development Authority (Felda) yang ditubuhkan pada tahun 1956   merupakan badan berkanun yang bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan   di antara masyarakat Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula   tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya. Ini diikuti dengan   pengambilalihan pada tahun 2010 oleh adik- beradik Kuok - dikuasai oleh   PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd ( kini dikenali   sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50   peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus   pegangan saham di Tradewinds (M) Bhd.
Ketika ini, Felda yang memiliki   salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang   pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM di dalam Bursa Saham   sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham   dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia.
Tawaran umum yang dikendalikan   oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat   tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham. MSM   merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. MSM menghasilkan   hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia yang   bernilai lebih kurang MYR 2.3 bilion. Pada tahun 2010, MSM memperolehi   keuntungan sebanyak RM 232 juta.
Keuntungan sebanyak RM232 juta   ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula   daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. Setiausaha   Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd   Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk   mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta   setahun.
Apalah sangat RM116.6 juta   berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu?   Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia   terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM11.6 juta   yang dibayar oleh rakyat Malaysia.
Kerajaan BN boleh memindahkan   kos sebanyak RM11.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ianya   dimiliki oleh Felda. Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan   polisi ‘coprorate- centric’ yang hanya membantu syarikat-syarikat besar,   sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk   memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada   mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau   MSM.
BN belum mampu untuk menjelaskan   mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas   sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan   ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi   gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa. Dasar   sosial-ekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan   mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.
DAP mendesak kerajaan BN untuk   tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi   kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi   gas kepada IPP diambil. Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi   gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan Barang Naik manakala PR  (Price  Reduction).
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."

No comments:
Post a Comment