SHAH  ALAM  14 MEI : Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus peka  kepada  teguran orang ramai terhadap kenaikan harga barangan dan bukannya  marah  terhadap kritikan sebegitu, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr   Dzulkifli Ahmad.
Muhyiddin juga berbohong  apabila mendakwa Malaysia satu-  satunya negara yang  mengawal harga  barangan dengan memberi subsidi  bagi mengurangkan beban rakyat, kata  beliau.
"Kita tahu di negara  barat pun sistem  subsidi itu memang  diberikan, Amerika memberi subsidi besar kepada  sektor pertanian mereka  dan sebagainya, begitu juga kepada negara-negara  yang maju seperti  Eropah, Jepun dan sebagainya." kata Dr Dzulkifli.
"Jadi Muhyiddin ni..samada dia betul- betul jahil ataupun dia buat-buat tak tahu atau nak menipu rakyat," tambah beliau.  
Pagi   tadi  Muhyiddin sekali lagi memilih majlis membabitkan penduduk luar   bandar untuk  mendakwa kononnya Malaysia adalah negara ulung memberikan   subsidi kepada rakyat.
Justeru, Tan Sri  Muhyiddin Yassin  berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan  alasan kenaikan  harga barang untuk mempersalahkan kerajaan.
“Kenaikan  harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan  alasan untuk menuduh  kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat  sesuatu untuk  kepentingan rakyat.
“Tidak ada kerajaan lain  yang kawal harga, kalau negara  lain, mereka bayar dengan harga pasaran  sebenar,” kata Muhyiddin   ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1  Malaysia di Kampung Sungai  Ular Pahang.  
 Rakyat  Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang  semakin tinggi selepas  kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi  yang mengakibatkan harga  barangan keperluan seperti gula dan petrol  meningkat secara mendadak.
Pengarah  Strategi Keadilan, Rafizi  Ramli berkata, kerajaan turut menarik subsidi  gula bernilai RM116  juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion  setahun kepada syarikat  IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff  Corporation Berhad dan  Genting Sanyen.
Dr Dzulkifli berkata  keluhan rakyat mengenai  kenaikan harga barangan berpaksi kepada  dasar-dasar tidak seimbang  kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian  subsidi kepada  syarikat-syarikat besar.    
"Dia  (Muhyiddin) masih dalam pemikiran lamanya yang belum  sedar bahawa  rakyat hari ini sudah celik dan punya keberanian untuk  menegur bahkan  mengkritik kerajaan sebab rakyat hari ini tahu bahawa  mereka sebenarnya  yang mengangkat kerajaan."
"Dia masih lagi  mempunyai minda  lama yang menganggap bahawa kerajaan itu bos dan rakyat  mesti dengar dan  ambil apa saja yang kerajaan beri, kononnya kerajaan  tahu semua,"  tambah Dr Dzulkifli 
Muhyiddin mendakwa walaupun  harga  barangan naik “rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan  peluang  pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing.” 
Ini   bukan kali pertama Muhyiddin memberikan maklumat salah kepada penduduk   luar bandar. Pada pilihanraya Sarawak beliau mengisytiharkan Malaysia   sebagai negara maju, malah antara yang terbaik di seluruh dunia. 
“Perisytiharaan” itu dibuat kepada sekumpulan pengundi Iban di sebuah rumah panjang berhampiran Sri Aman Sarawak.
Kenyataan itu bercanggah dengan ketetapan agensi-agensi antarabangsa yang masih menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun. Malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri mensasarkan 2020 untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, jika ekonomi berkembang purata lapan peratus setahun.
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment