Presiden  Amerika Syarikat, Barack Obama  menentang penyiaran gambar  kematian  Osama bin Laden ketika wujud  kebimbangan bahawa imej yang  mengerikan  boleh mencetuskan rasa marah,  walaupun ia boleh menjadi bukti  nyata  kematian pemimpin al-Qaeda itu.
Obama    menyatakan keputusannya itu dalam temuramah ketika program "60   Minutes"  terbitan televisyen CBS, sehari selepas Pengarah CIA, Leon   Panetta  berkata, gambar Osama akan disiarkan kepada tatapan umum.
Presiden Amerika Syarikat itu membuat keputusan demikian terhadap langkah untuk menyiarkan gambar Osama kepada umum selepas perdebatan hangat dalam kerajaan berkaitan kesan yang mungkin timbul sekiranya disiarkan.
Sejak    berita kematian Osama tersebar, pentadbiran kerajaan Obama berusaha    untuk mengimbangi di antara sambutan meraikan kejayaan mereka tanpa    menyentuh sensitiviti dunia Islam.Gambar tunjuk mayat 3 lelaki tanpa    senjata di laman rumah Osama
Sementara itu di Islamabad, gambar yang diperoleh Reuters dan diambil sejam selepas serangan komando Amerika ke atas kediaman Osama di Abbottabad menunjukkan mayat tiga lelaki di laman tetapi tiada sebarang senjata di sisi mereka.
Gambar    yang diambil seorang pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki laman    rumah itu selepas serangan pada pagi Isnin lalu, menunjukkan mayat  dua   lelaki yang berpakaian tradisi Pakistan manakala seorang lagi  berbaju T   dengan darah mengalir keluar dari telinga, hidung dan mulut.
Menurut laporan Reuters itu, tiada seorang pun yang kelihatan seperti Osama.
Obama memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat Osama kerana bimbang ia akan menggalakkan keganasan dan digunakan sebagai propaganda al-Qaeda.
- Agensi
Presiden Amerika Syarikat itu membuat keputusan demikian terhadap langkah untuk menyiarkan gambar Osama kepada umum selepas perdebatan hangat dalam kerajaan berkaitan kesan yang mungkin timbul sekiranya disiarkan.
Sementara itu di Islamabad, gambar yang diperoleh Reuters dan diambil sejam selepas serangan komando Amerika ke atas kediaman Osama di Abbottabad menunjukkan mayat tiga lelaki di laman tetapi tiada sebarang senjata di sisi mereka.
Menurut laporan Reuters itu, tiada seorang pun yang kelihatan seperti Osama.
Obama memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar mayat Osama kerana bimbang ia akan menggalakkan keganasan dan digunakan sebagai propaganda al-Qaeda.
- Agensi
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment