Monday, May 16, 2011

Darah Nifas


Nifas pada syara` darah yang keluar kemudian daripada kosong rarim daripada anak, ketul daging atau darah beku yang asal kejadian anak adam pada dua yang akhir. Darah yang keluar semasa peranakan masih ada suatu yang tersebut tidak dinamakan darah nifas.

Darah nifas adalah himpunan darah haidh didalam rahim untuk makanan anak. Ia terkumpul sebelum ditiupkan roh dan kemudian daripadanya.

Perbezan antara nifas dan haidh iaitu haidh bergantung dengannya iddah dan istbra sedang kan nifas tidak demikian kerana hasil iddah dan istbra dahulu daripada nifas dengan semata-mata beranak. Dan perbezannya lagi iaitu sekurangkurang nifas tidak mengugurkan sembahyang kerana masanya sedikit iaitu sesaad, bersalahan haidh
Tempoh darah nifas

Sekurang-kurang tempoh nifas sesaat / satu lahzah dan sebanyak-banyaknya enam puloh hari adapun yang kebiasannya empat puloh hari.

Permulan nifas iaitu mengiringi beranak ini jika keluarnya mengiringi beranak. Adapun jika keluarnya tidak mengiringi beranak maka permulan masanya adalah permulan keluar darah. Atas pendapat ini masa suci (نقاء) antara keluar anak dan keluar darah bukan daripada nifas. Dengan itu wajib atas perempuan itu mandi wiladah / kerana beranak dan sembahayang didalam masa suci. Tetapi masa suci dibilang daripada enam puloh hari. Seperti seorang perempuan datang darah hari yang kesepuloh daripada beranak maka hari yang keenam puloh daripada beranak habislah masa nifasnya.

Apabila wanita yang beranak tidak melihat darah melainkan selepas lima belas hari maka ia ketiadan nifas dan darah yang dilihat itu adalah darah haidh jika mengikut ciri-ciri haidh.
Darah yang melebehi tempoh nifas..
 "Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."

No comments:

Post a Comment