Oleh Mummy Rokiah
Satu lagi rekod dunia telah tercatat apabila Malaysia disenaraikan di tangga yang ke
 10 sebagai konsumer arak yang terbesar di dunia.
‘Ranking’ ini telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semasa melancarkan risalah dan seminars dalam “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” anjuran ‘ The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Malaysia  dikira hebat meminum arak atau alkohol  kalau dibandingkan dengan  negara-negara Mat Salleh yang lain kerana  saiz penduduk nya yang kecil  tapi kuat tunggang arak. Kadangkala orang  Malaysia ini mabuk dan mereng  lebih dari Mat Salleh mabuk khasnya  malam-malam di Jalan Sultan Ismail  dan Bintang Walk.
Statistik oleh badan antarabangsa tahun ini juga menunjukkan bahawa Malaysia menghabiskan lebih dari US$500mil (RM1.5bil) untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak tujuh liter dalam lain perkataan ‘consumption’ Beer di Malaysia adalah 11 liter per kapita.
Hakikatnya pengambilan alkohol di negara ini semakin serius dan ini tidak termasuk arak-arak haram seperti samsu, todi dan tuak yang diproses dalam ladang-ladang sawit.
Jika gejala ini tidak disekat Malaysia akan dilanda Tsunami Alkohol dan akan hanyut lemas dihempas ombak alkohol dan pada ketika itu keadaan sudah terlewat.

"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment