Pujangga menyebut
“Sesungguhnya mengetahui orang-orang hebat itu adalah perbendaharaan”
Ini  memberi erti selayaknya bagi seorang mengenali tokoh dan kewibawaan  mereka yang mempunyai kelebihan dan kewibawaan sama ada yang masih hidup  atau bersahabat dengan mereka. Ini disebabkan kerana terlalu banyak  faedah hasil daripada ilmu, tajribah, pengalaman hidup yang ada pada  mereka. Kita perlu mencontohinya sekalipun kita bukanlah setaraf  dengannya seperti pepatah arab :
فتثبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التثبه بالكرام فلاح
Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka,
Kerana mencontohi yang mulia itu pasti berkemenangan
Rasulullah  SAW pernah bersabda dalam sebuah hadith yang dinyatakan oleh Ibn  al-Qayyim dan Ibn al-Wazir telah mensahihkan atau menghasankannya antara  lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ilmu ini aka dipikul dari  setiap zaman dan generasi yang adilnya, mereka akan membasmi  penyelewengan yang melampau dan ajaran ahli batil di samping takwilan  orang jahil
Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya Kaifa Nata’amal  Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan secara panjang lebar berkenaan  dengan mafhum dan hadith ini. Penulis menyebut hadith ini kerana sifat  Syeikh Wahbah adalah seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW sama  ada membawa risalah ilmu sebagai Warasatu al-Anbiya’ dan juga membasmi  segala bentuk penyelewengan dengan hujah-hujah naqliah dan aqliah
BI’AH
Prof.  Dr. Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar syaikh sahaja) dilahirkan di  negeri Syam. Bumi Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana  doa Nabi SAW dalam hadith yang sahih :
اللهم بارك لنا في شامنا
Ya Allah! Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami
Sejarah  juga telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang lahir di negeri Syam  sejak zaman berzaman dahulu lagi antaranya Sultan al-Ulama’ Iz Al-Din  bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
PERKAMPUNGAN SYAIKH
Syaikh  dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M diperkampungan Dir  ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota  Damsyiq. Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar  Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah.
Ayahnya  bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran  dan seorang yang banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak  beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya  bekerja sebagai peladang dan peniaga.
Ibunya pula bernama Hajjah  Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat  warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya....

"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment