Bumi  di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik    keunikannya, keanehannya.
Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:
1. GuaĆra Falls, sempadan Brazil-Paraguay 
Kebanyakan    orang menganggap air terjun Niagara adalah yang  terbesar  di dunia.    Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia  dengan jumlah  air   terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000  kubik per-saat.  Bandingkan   dengan Niagara Falls  yang hanya 70.000  kubik per-saat. 
Sumber   Guaira Falls yang terletak di sempadan  Brazil-Paraguay,  adalah  sungai  Parana. Pada tahun 1982, lokasi  air tejun  Guaira ini dibina  empangan  untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan  empangan hidro  elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam.  Itaipu Dam   menyalurkan 90  peratus elektrik ke  Paraguay, dan 19  peratus ke Brazil,  iaitu Rio de Janeiro  dan Sao Paulo.
2. Iceberg B-15, Antartika
  Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah. Luasnya mencapai 3.100 km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica. Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000.
Maka   pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi  beberapa   bahagian, salah satunya yang terbesar disebut   B-15a hanyut ke  utara,   akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005,   meninggalkan   bongkahan  sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan   besar   pada peta  Antartika dan patut dinilai semula petanya.
Sebahagian hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga 13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan pecahan menjadi semakin banyak.
Hampir   satu dasawarsa berlalu,  bahagian-bahagian  gunung ais itu  masih  belum  cair seluruhnya, bahagian yang  terbesar masih  dianggap  sebagai   B-15a, dengan luasnya mencapai  1.700 Km. 
Gambar    di atas  merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke    dalam  Drygalski Glasier (terbawah), akhir nya pecah  menjadi beberapa   bahagian.
3. Don Juan Pond, Antartika
Tempat     manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang  akan     menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana  kandungan     garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut      kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan. 
Tak   hairan    kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk   terapi,    khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati      bukanlah yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don      Juan Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di  dunia.
Perbezaannya    jika dibandingkan  dengan laut pada umumnya, Don Juan  Pond 18 kali    lebih masin daripada air  laut biasa, jika dibandingkan  dengan Laut    Mati, Don Juan Pond 8 kali  lebih masin.
Lokasi     ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun  1961,    semasa keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan  Pond  juga    diberi mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan  nama     keduanya. 
Suhu   di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika,   cukup  rendah,   dengan paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius.   Namun  tidak   pernah sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.
4.  Rotorua, New Zealand
5. 83-42,  Greenland
Aneh    dan  unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang  tanah    yang ada  di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m    x  15 m dan  tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya  setompok    tanah yang  dikelilingi pecahan pecahan ais. 
Unik!   jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat   gambar! Keunikan ini   sekaligus  memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW   1996. Keunikan 83-42   ini  ditemui tahun tahun 1998.
6. Socotra, Republic of Yemen
Socotra     tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir  semua  yang    ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun   sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di      Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia. 
Tempatnya      sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini   menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana    tumbuh   dengan aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood    Tree   yang aneh, bentuknya sangat tidak umum.
     Pokok ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada   binatang    binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan   binatang asli    lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum   dan    hanya ada di pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini,  tak   hairajikan  Socotra, pulau yang berada di laut arab, termasuk  dalam   Warisan   Peninggalan Dunia.
7. The Great Dune of Pyla, Perancis
Yang    kita  tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun,  hanya   bukit pasir    yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai   bukit  pasir   unik iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi  100   meter. 
   Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke  hutan.   Tempat  ini  terkenal kerana menjadi tempat aktivitis  paragliding.  Selain   keunikan  bukit pasir itu, yang juga menakjubkan  adalah  pemandangan   sekitarnya di  mana dari ketinggian kita boleh  melihat  laut dan hutan.  Bukit  pasir ini jauh lebih tinggi dari  hutan,  sehingga dari bukit   pasir itu  kita boleh melihat semuanya.
8. Meteor Crater, USA
Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.
Tempat itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.
Pada masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah seluas 50 meter.
9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana
  Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.
Satu satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.
Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.
10. The Door To Hell, Turkmenistan
Tempat ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini sangat unik.
Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971 di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.
Apa yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu.
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment