Amalan  membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang  diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi'i. Dan amalan  ini telah diamalkan oleh umat Islam di Nusantara ini sejak awal  kemasukan Islam lagi, tanpa ada yang mempertikaikannya atau menolaknya.  Maka kenapa kini amalan sebegini dijadikan  sasaran untuk menghukum orang lain sebagai pelaku bid'ah yang tidak  mengikuti sunnah? Jika pun tidak mahu bertalqin, maka sewajarnya  berlapang dadalah kerana ianya termasuk dalam bab khilafiyyah pada  furu', di mana dalam mazhab Syafi'i ianya adalah sesuatu yang dihukumkan  sebagai sunnat atau mustahab. Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab  "Raudhatuth Tholibiin" seperti berikut:-
... Dan mustahab  hukumnya mentalqinkan mayat setelah dikebumi. Maka dikatakan: "Wahai  hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya  engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan  selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya  syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat  pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja  dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam  sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, al-Quran sebagai  panutan, ka'bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara". Telah  warid dengannya hadits Junjungan Nabi s.a.w.

"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment