Islam   telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua bidang kehidupan umat  manusia. Termasuk di dalam nya adalahkonsep toleransi dan hubungannya  dengan penganut
 agama lain. Allah SWT  menciptakan manusia di muka bumi ini dengan berbagai macam suku bangsa,  ras, agama dan etnik. Untuk itu Allah SWT mengajarkan konsep toleransi  dengan tujuan untuk mewujudkan perdamaian umat manusia di muka bumi ini
:Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108
Maksudnya : “Dan  janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah,  kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu  pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap  umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat  kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah  lakukan
 Berdasarkan  ayat ini, jelas bahawa perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang  terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun  kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi  kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya  untuk menjalin kerjasama 
dan berbuat baik kepada mereka yang menganut agama bukan Islam.
Allah  SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak orang  lain. Pengajaran paling penting adalah kita hendaklah berlaku adil  terhadap sesama manusia. Atas dasar inilah agama Islam  menolak sikap membeza-bezakan darjat ketinggian sesuatu kumpulan  manusia di atas dasar bangsa, warna kulit, bahasa, kewarganegaraan dan  seumpamanya. Islam menetapkan bahawa menentukan darjat manusia  semata-mata di atas alasan tersebut sebagai satu manifestasi jahiliyyah  yang menyesatkan. Ingatlah bahawa bumi yang kita diami ini sejak dahulu  hingga ke akhir tamadun kemanusiaan adalah berasal daripada keturunan  yang satu. Oleh kerana itu kita sebagai manusia adalah bersaudara dalam  status sebagai manusia.Kita di tuntut untuk saling kenal-mengenali dan  melenyapkan perbezaan yang ada 
sesama kita. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:
Maksudnya: “Wahai  umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan  perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak,  supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi  Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha  Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.
Penghormatan  terhadap orang lain boleh dihayati menerusi sirah Nabawiyah.  Perhatikanlah ketika  peristiwa Piagam Madinah yang terkenal di dalam  sejarah Islam. Baginda telah menyeru umat Islam agar sentiasa menjaga  hak keharmoniaan sesama manusia. Ia merupakan lambang keadilan Islam  terhadap umat manusia keseluruhannya. Di antara butir-butir kesepakatan  yang terkandung dalam Piagam Madinah  ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam  atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, maka hendaklah  mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang  suci. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan  maksudnya:
“Sesiapa  yang menzalimi seorang kafir yang diberi janji perlindungan oleh negara  Islam (mu’ahad) atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan  sesuatu di luar kekeuasannya atau mengambil sesuatu yang menjadi  miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka saya adalah penentangnya di hari Kiamat nanti”.
 (Riwayat Abu Daud)
Seharusnya  umat Islam memahami tuntutan keadilan dan sikap bertoleransi ini.  Namun, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin  keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah Islam  tidak sama sekali berkompromi dengan kesyirikan. Toleransi yang  dimaksudkan oleh Islam ialah di dalam muamalah harian di samping akhlak  baik yang dihayati ketika berkomunikasi dengan penganut agama lain. Ini  merupakan dakwah bil hal yang memberi impak positif kepada perkembangan Islam.
Umat  Islam perlu merenung apakah kita telah melaksanakan seruan Baginda SAW  agar sentiasa bermuamalah dengan baik terhadap sesama manusia walaupun  berbeza antara agama. Apakah kita telah mencontohi akhlak Baginda SAW  ketika berurusan dengan bukan Islam yang berlindung di bawah  pemerintahan Islam?.
Menerusi akhlak dan  sikap toleransi kita ini, insyaAllah dengan izin-Nya masyarakat bukan  Islam akan tertarik untuk mengenali ajaran Islam secara lebih dekat  lagi. Mudah-mudahan dengan kita kembali merenung dan menilai perjalanan  hidup Baginda, kita mampu berdakwah dengan akhlak dan toleransi yang  telah digariskan oleh agama kita kepada mereka yang bukan beragama  Islam. Semoga dengan itu juga, kita mampu menterjemahkan Islam sebagai  agama “Rahmatan lil ‘Alamin”.
Marilah  kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim  sesama Islam dan meningkatkan dakwah kepada bukan Islam melalui  kerjasama dalam bidang keilmuan dan kepakaran tertentu yang dimiliki  mereka. Menerusi sifat-sifat yang dinyatakan tadi akan mampu melenyapkan  salah faham mereka terhadap Islam 
selama  ini hasil dari propaganda media barat yang memusuhi Islam. Marilah  sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah al-Imran ayat 64:
Maksudnya: “Katakanlah:  Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami  dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan
 kita  tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan sebahagian dari kita  mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian  jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah  bahawa kami adalah orang Islam"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment