Hubungan Intim juga merupakan satu Ibadah kepada Allah S.W.T jika diikut dgn cara yg betul berlandaskan garis panduan Islam
Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari  hasil hubungan seks antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat,  cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah  kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang  menjadi dambaan bagi setiap orang tua.
Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan,  juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan  menentukan corak keperibadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah  memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesihatan  ataupun moral.
Bimbingan Islam itu antara lain adalah:
a) Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan  dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk  menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis kerana badan telah  dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bahagian alat  kelamin.
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w. telah mengitari (menggilir)  isteri-isterinya dalam suatu malam. Maka beliau mandi pada setiap  isterinya satu kali. Kemudian saya bertanya: “Wahai Rasulullah,  bagaimana sekiranya engkau mandi satu kali sahaja?” Lalu beliau  menjawab. “Demikian inipun lebih bersih dan suci’.
(Dari hadis riwayat Abu Daud)
b) Berwuduk sebelum bersenggama. Berwuduk ini dilakukan setelah mandi,  gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh  dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram  daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wuduk ini lebih ditekankan lagi  sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya  dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan  kebersihan. Sebagaiman tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang  bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:  “Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia  berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.
c) Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih  saying. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk  membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati.
d) Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula  sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya  dengan baik serta memuaskan.
e) Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan  acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali  sebagai ciuman kasih saying seraya mengucapkan selawat nabi tiga kali.  “Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”. Ucapan selawat ini sebagai satu usaha  agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhai Allah. Sebagaimana  disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf,  Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya:  “Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, nescaya Aku (Allah) memberi  kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca selawat kepadamu,  nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.
f) Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa  puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada  Allah dan mahu berbakti kepada orang tuanya.
g) Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika  bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani  ataupun tidak. Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan  dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh  perlu penyegaran kembali.
Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi  harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang  bukan-bukan. Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan  saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh  yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan  kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau  sehabis bersetubuh. Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti  baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala dan  sebagainya.
Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis Nabi:
“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki)  kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah  mandi”.(riwayat Bukhari dan Muslim)
Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan?
Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki  mahupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan muhrimnya  atau suami isteri sendiri. Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh  antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh  tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat  oleh sesiapapun kecuali oleh muhrimnya atau suami isterinya sendiri.  Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan  pakaian yang sopan.
Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya  rangsangan yang bisa membangkitkan nafsu berahi seseorang. Hanya dengan  melihat aurat, orang lelaki bisa tegang batang zakarnya. Begitu pula  orang perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat orang  lelaki. Begitulah aurat yang oleh agama Islam sangat dihormati, yang  harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau  muhrimnya sendiri.
Firman Allah Taala:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka  menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu  adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa  yang mereka perbuat”.
(Al Quran Surah An Nur Ayat 30)
Lagi firman Allah Taala:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan  pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka  menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan  hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah  menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”.
(Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)
“Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh  orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula  orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh  orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”.
(Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu perlihatkan pahamu, dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan jangan pula paha orang mati”.
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang  oleh agama kecuali yang melihat itu muhrimnya atau suami isterinya  sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan ghairah seksualnya  dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan.
Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu  faraj atau vagina, maka melihatnya dilarang. Bahkan di dalam hadis  disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita).
Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:
“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia  melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu  menyebabkan buta”.
Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan? Kiranya belum ada  ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun  jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas  yang boleh membutakan. Jadi secara medis melihat faraj itu tidak  membahayakan mata.
Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan  tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat  dihormati, siapa pun wanitanya. Bahkan wanita primitif-primitif yang  belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka  walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas.  Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.
Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan  anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan  dipertontonkan.
Hendaklah ingat, bahawa wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu  daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya  dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu  isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah ghairah seksual isterinya  akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya. Oleh itu  tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justeru  mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks.
Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan  akibat lain. Iaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga  menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Jadi belum lagi ia merayu  isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru  memaksa isterinya untuk melayani nafsunya. Sehingga benar-benar butalah  hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan  hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan. Memang  benar-benar buta ia iaitu buta hatinya.
Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan  melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan  tindakan moral saja agar setiap orang tidak begitu gelabah melihat  kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat  diertikan sebagai buta hati bukan buta mata yang sesungguhnya.
Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar,  hubungan kelamin yang benar, dalam redha Allah. Yang demikian itu  dimaksukan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam  semua segi kehidupannya, termasuk kehidupan seksnya.
DOA SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM 
[IMG]http://img1.imagehousing.com/23/89f9d75b5d3a1dc8e959059df25d5fc3.jpg[/IMG]
Khas untuk pasangan yg baru berkahwin dan sudah pun berkahwin..renung2kan dan selamat beramal..^^  
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."