Menurut  Fuziah, kadar 0.16 peratus  Thorium atau 61 'becquerel atau Bq per gram  memang rendah tetapi akan  berakumulasi seiring dengan masa dan tahap  pengeluaran tanah jarang  terbabit.
"Kita  mempersoalkan tahap kumulatif  Thoriumnya. Kalau 61 bq per gram  memanglah di bawah tahap bahaya. Tapi  kita cakap pasal kumulatif. Bila  kita cakap mengenai 100 tan metrik  setiap tahun, dan dikumpulkan lebih  10 tahun, malah dalam artikelnya 24  tahun. Kita persoalkan jumlah  (Thorium) itu secara keseluruhan," katanya  kepada TV Selangor hari ini.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.
Semalam, Lynas menetapkan pendiriannya   mahu meneruskan operasi pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan   lewat tahun ini dengan kemudahan simpanan jika pelan untuk mengitar   semula sisa radioaktifnya tidak dimuktamadkan apabila Ketua Kerajaan   Negeri Australia Barat menolak untuk menerima sisa radioaktif syarikat   itu dari Malaysia.
Malah  Pengerusi Eksekutif Lynas,  Nicholas Curtis mereka telah mendapatkan  kebenaran daripada kerajaan  untuk menyimpan sisa radioaktif di kawasan  loji itu sendiri.
Tegas Fuziah,  beliau tidak dapat  menerima kenyataan ini kerana Syarikat berkenaan  hanya bertujuan mengaut  keuntungan besar dengan menjadikan Malaysia  sebagai 'tong sampah'  mereka bagi membuang bahan beradioaktif itu.
"Ini  tak boleh diterima, bukan sahaja  kerana ia tidak datang dari Malaysia  tetapi ia dari Australia. Sekarang  Australia tidak mahukannya. Mengikut  Akta 304 Perlesenan Atomik  Malaysia, bahan atomik dari negara lain  hanya akan dihantar ke negara  tersebut sahaja. Tetapi Australia tidak  mahu terima, malah kita pula  yang terpaksa menerima bahan radioaktif  ini," 
"Lynas Corporation adalah  syarikat milik  penuh Australia dan Malaysia tidak mengutip cukai  daripada syarikat  itu. Tidak ada satu sen diperolehi Malaysia dari  aktiviti itu. Ia juga  tidak membawa manfaat kepada rakyat Malaysia.  Kenapa kita harus terima?"  tegasnya lagi.
Sebelum ini,  loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah ditutup pada 1992 ekoran protes awam.
Hampir  dua dekad kemudian loji itu yang  dikaitkan dengan lapan kes leukemia  di kalangan penduduk tempatan masih  berhadapan dengan kerja-kerja  pembersihan yang menelan kos RM303 juta.
Tegas  Fuziah, kerajaan tidak boleh  mengorbankan kesihatan rakyat demi  kelangsungan projek tersebut dan  semata-mata untuk mengaut keuntungan  sahaja.
“Rakyat di Kuantan tetap  tidak akan  merima keputusan itu, walaupun tiada risiko bahawa tidak  seorangpun akan  mengidap kanser dan anak mereka cacat dalam jangka masa  seratus ribu  tahun lagi. Kami tetap tidak akan menerimanya," tegasnya.
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment