Malah   sebelum Najib, PEMANDU juga menyatakan bahawa Email 1Malaysia tidak   diwajibkan kepada semua warga Malaysia.  Ia adalah satu projek yang   diterajui Tricubes Berhad dari sektor swasta, dan Tricubes Bhd yang   bertanggungjawab terhadap pelaburannya, bukan kerajaan.
Penjelasan   ini diumumkan setelah projek bernilai RM50 juta ini mencungkil   pertikaian dari pelbagai pihak.  Malah, seperti bantahan terhadap   pembinaan Menara 100 tingkat sebelum ini, satu laman telah direka di facebook bernama "1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email" , menarik penyertaan puluhan ribu dalam masa 24 jam.
Sungguhpun demikian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kata-kata Najib adalah saling bertentangan.  Menurut media internet The Malaysian Insider,   unit kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau projek ini,   MAMPU - telah mengeluarkan satu panduan pembidaan.  KPI untuk projek ini   adalah, menjadikan 100% warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas   sebagai pengguna Email 1Malaysia menjelang tahun 2015.
Dokumen   yang berkenaan juga menunjukkan bahawa syarikat yang berjaya untuk   membida projek ini perlu mengemukakan kepada kerajaan, bagaimana untuk   menjadikan 50% pengguna Email 1Malaysia menggunakan perkhidmatan   tambahan, seperti e-bayar dan sebagainya, menjelang tahun 2020.
Petanda-petanda ia sebagai projek kerajaan
Selain   itu, penjelasan Najib dan PEMANDU bahawa projek ini adalah pelaburan   sektor swasta dan tidak melibatkan dana awam juga memperlihatkan   kontradiksi.  Pertama, sila rujuk laporan Bernama pada 19 April.
Projek   tersebut bertujuan mewujudkan pengukuran asas terhadap inisiatif   kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan, khususnya dalam transformasi   ke arah kerajaan elektronik (EG) dan ke arah tanpa kertas.
Diuruskan   oleh Unit Permodenan, Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   (MAMPU) dan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN), projek   itu melibatkan kutipan data dan analisis perkhidmatan e-kaunter,   transaksi elektronik dan inisiatif kerajaan tanpa kertas dalam sektor   awam, penilaian pusat data agensi kerajaan serta perkhidmatan dan   infrastruktur rangkaian.
Apabila   siap kelak, ia akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh   kerajaan lebih telus, sesuai bagi tujuan, berkesan kepada rakyat.  Kerajaan akan melabur RM3.261 juta dalam projek itu yang akan menyaksikan pewujudan 155 pekerjaan.
Perdana   Menteri berkata dengan kesan PNK sebanyak RM39 juta sehingga 2015,   inisiatif e-mel 1MY ini akan membolehkan komunikasi langsung dan   terjamin antara warga Malaysia dan kerajaan serta meningkatkan   penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan perniagaan."
Dengan   kata lain, projek e-mel 1MY ini adalah sebahagian daripada pelaburan   kerajaan di bawah CCI NKEA.  Pada masa yang sama, Najib mengumumkan   bahawa "Tricubes Bhd akan menerajui pelaburan berjumlah RM50 juta ini   yang turut termasuk pembangunan portal web, akaun e-mel semua warga   Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pusat setempat bagi perkhidmatan   kerajaan, peruntukan untuk perkhidmatan nilai tambah seperti perangkaian   sosial, semakan bil dalam talian serta pembayaran, tambahan kepada   perkakasan pembangunan web untuk warga dan entiti perniagaan untuk   aplikasi membangunkan kreatif."
Bagaimana syarikat bermasalah melabur?
Di   samping itu, Tricubes Bhd telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa   Malaysia pada 4 April 2011 bahawa syarikatnya memperolehi satu projek   e-mel daripada MAMPU.  MAMPU mengeluarkan surat rasmi kepada Tricubes   berhubung kontrak projek e-mel 1MY pada 29 Mac 2011, dan Tricubes akan   berbincang dengan kerajaan dalam projek ini.  Tiada maklumat terperinci   dilampirkan, tidak dinyatakan sama ada ia Public Private Partnerships (PPP) atau Private Finance Initiative (PFI).  Dalam keadaan biasa, ia menunjukkan pada dasarnya, ia adalah procurement.
Menurut   maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status  BN3  dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau  berdepan  dengan nasib "delist".  Selain itu, menurut laporan  kewangan  2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih  sebanyak  RM3.35 juta (RM3,346,752).
Melihat   kepada Tricubes yang sudah dibeban dengan masalah kewangan sendiri,   persoalan yang timbul adalah, bagaimana syarikat ini mampu untuk   mendapatkan modal yang secukupnya untuk memastikan kestabilan dan   kelangsungan projek ini?  Tiada jawapan untuk soalan ini daripada Najib,   PEMANDU malah Tricubes Bhd sendiri sehingga sekarang.
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment