pahangdaily
KUANTAN, 11 April - Umat Islam di negeri ini kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang membenarkan penganjuran Miss Malaysia 2010 di negeri ini seperti yang didedahkan dalam Metro Ahad semalam. Mengejutkan apabila pertandingan ratu cantik itu disertai oleh golongan Mak Nyah  (pondan). Acara yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka  di sini dikatakan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk  membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, acara  tersebut turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis  terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih  negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik  mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di  beberapa laman web sejak Selasa lalu. Salah seorang peserta yang  menyertai acara tersebut mengakui pertandingan berkenaan diadakan tahun  lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai  timur. Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan  kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan  hormon. “Kami tidak  takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan  negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan  kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. “Apapun,  pertandingan ini  bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam  kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” kata peserta terbabit.
Ini pula Youtube video acara tersebut, tapi telah dihalang untuk semua
melihatnya selepas isu ini dibongkarkan di internet dan Metro Ahad
[Persoalannya sekarang kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak memantau perkara ini. Mana peri Exco Hal Ehwal Islam (MB sendiri), mana pergi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)  dan lain-lain yang sepatutnya terlibat. Masakan pula mereka semua boleh  terlepas daripada pantauan pihak berkenaan?. Apakah ini petanda adengan "ghairah" boleh diadakan di hotel-hotel di Malaysia. Tambahan pula ia dilakukan oleh golongan "pondan" yang dilaknat Allah itu. Satu tamparan yang amat serius juga untuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakkob (foto),  ini kerana tidak ada satu undang-undang syariah  atau sekatan yang berkaitan dengan gejala tidak bermoral seperti ini.  Walaupun mungkin tidak ada satu undang-undang khas. Sepatutnya perkara  seperti ini janganlah dibiarkan dan terlepas pandang. Dalam ertrikata  lain membiarkan seumpama menggalakkanya juga. Dalam Islam  kaum lelaki dilarang keras menyerupai perempuan dan bergitu juga  sebaliknya. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki  dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa,  suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan disebaliknya. Dalam bab ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan  sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."  (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Harapan kita tidak adalah pulak pihak  yang membuat tayangan video seks di hotel sekitar Kuantan selepas ini  hendaknya selepas ini, sama seperti kes tayangan "Video Seks Datuk T" di Carcosa Seri Negara].
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment