Kami   tidak gelojoh untuk jadi sekaya kamu. Kami tidak perlukan banglo dan   kereta besar. Kami tidak perlukan emas dan berlian. Kami tidak perlu   keluar ne
gara   dan tinggal di hotel-hotel mewah. Kami hanya perlukan sesuap nasi  untuk  anak-anak kami yang masih kecil, memadai untuk mereka, kami  hantar ke  sekolah dalam keadaan perut yang berisi walaupun sedikit  sahaja supaya  satu hari nanti mereka dapat berbakti kepada agama dan  negara. 
gara   dan tinggal di hotel-hotel mewah. Kami hanya perlukan sesuap nasi  untuk  anak-anak kami yang masih kecil, memadai untuk mereka, kami  hantar ke  sekolah dalam keadaan perut yang berisi walaupun sedikit  sahaja supaya  satu hari nanti mereka dapat berbakti kepada agama dan  negara. Memadai  bagi kami untuk berteduh di bawah rumah  yang lusuh dari hujan dan panas  terik. Memadai bagi kami 5 sekeluarga  untuk terpaksa berhimpit ketika  menunggang motorsikal buruk yang kami  beli 10 tahun yang lalu. Kami  redha dengan kurniaan ilahi walaupun  terpaksa bangun awal pagi dan  kembali mencari rezeki di malam hari. 
Itu sahaja  yang kami, sebagai rakyat biasa pohon  dari pimpinan negara. Pimpinan  yang kami lantik dari tangan-tangan kami  sendiri yang kami sangkakan  bekerja untuk kami. 
Tidak  cukupkah dengan ujian  hidup kami kini, sehingga perlu ditambah lagi?,  tidak henti-henti  dibebani dengan kenaikan harga ayam, ikan, daging,  sayur, tepung,  petrol, diesel, gas, bil letrik, bil air, cukai  perkhidmatan, cukai  pendapatan, tiket bas, tol, caj hospital, skim  pinjaman buku teks, yuran  peperiksaan dan sebagainya, malah di tambah  pula dengan saman ekor dan  masalah insurans kenderaan tua?. 
Dari  mana  lagikah sumber kewangan yang harus kami cari untuk menampung  bebanan  tambahan itu? Kami buntu dan tertekan. Tidakkah kamu simpati  lagi kepada  kami yang memilih kamu wahai pimpinan ku? 
Kami   kucupi dahi anak-anak kami setiap pagi sebelum mereka ke sekolah,  sambil  kami usapi bedak di dahi dan pipi mereka, kami renungi mata  mereka  sambil mengukir satu senyuman sayang beserta pohonan kepada  Allah S.W.T  yang berkuasa, agar ujian ini hanya terbatas kepada kami,  ibu dan ayah  dan bukan kepada anak-anak kami yang tidak berdosa. 
Wahai   pimpinan ku, kami tidak menyumbang kepada Indeks Rasuah Negara yang   kini di tangga ke-56, tetapi kenapa kami juga yang harus menerima   akibatnya? 
Wahai pimpinan ku, Kami juga tidak menyumbang kepada isu PKFZ, tetapi kenapa kami juga yang harus menanggungnya? 
Wahai   pimpinan ku, Kami juga tidak menyumbang kepada runtuhnya Stadium  Sultan  Mizan di Kuala Terengganu, tetapi kenapa kami juga yang terpaksa   terseksa dengan kesannya? 
Sebab kami tahu,   ketirisan dan kebocoran ada berlaku dalam pengurusan kewangan negara   sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan sumber kewangan sehingga ia   memaksa kamu untuk menzalimi kami. 
Sudah  jatuh  ditimpa tangga, kamu bercadang pula memansuhkan subsidi kami  hanya  semata-mata kerana bajet defisit? Hanya kerana ia meliputi 54%  daripada  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)? 
Bukankah   bajet defisit itu boleh diatasi dengan perbelanjaan dan pengurusan   berhemah PKFZ, Stadium Sultan Mizan, Projek Bakun, Projek Landasan   Berkembar dan bermacam lagi? tanpa perlu dahulu menyerang subsidi kami. 
Bukankah   masalah yang sebenar adalah kerana hutang negara di sekitar 53.7%   daripada KDNK seperti yang tercatat dalam laboran audit negara? dan   adakah hutang negara adalah semata-mata kerana sumbangan subsidi ? 
Janganlah   engkau wahai pimpinan ku, menjadikan keangkuhan kamu itu, setelah   sekian lama dilimpahi nikmat dunia oleh tuhan untuk engkar dengan amanah   itu, amanah yang kami serahkan kepada kamu satu ketika dulu. 
Tidak takutkah engkau wahai pimpinan apabila doa kami yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang?. 
Kami bedoa dan kami pohon Ya Allah kepada kamu untuk melindungi kami dan anak-anak kami dari semua kezaliman ini. 
Amin Ya Rabbal Alamin. 
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment