Ramai pejuang yang bersedia diasak penderitaan, mampu ditekan kezaliman dan bersabar dikurung elit penguasa. 
Namun,   apabila digoda pangkat dan kedudukan, dihampar khazanah dunia, ditawar   kemasyhuran dan prestij, tidak sedikit yang kecundang lemas. Rasuah,   salahguna kuasa dan penyakit beriringan, seperti kronisme, mudah merebak   bersama arus deras "KUASA".
Namun,   apabila digoda pangkat dan kedudukan, dihampar khazanah dunia, ditawar   kemasyhuran dan prestij, tidak sedikit yang kecundang lemas. Rasuah,   salahguna kuasa dan penyakit beriringan, seperti kronisme, mudah merebak   bersama arus deras "KUASA".Integriti,  maruah dan kehormatan diri sekadar  basahan bibir tetapi sukar  dipertahankan, apatah lagi jika ia tercabar  semasa diri keseorangan dan  tiada mata yang memandang. Malah ada  individu yang menduduki singgahsana  kuasa, mulanya berpegang dengan  prinsip luhur dan etika mulia, tetapi  secara perlahan-lahan meleburkan  idealisme, dengan seribu satu  justifikasi.
Selepas pilihan raya umum 2008, ramai  aktivis dan  pimpinan Pakatan Rakyat, yang dahulunya berdepan tekanan  dan tribulasi  daripada pemerintah, kini dikelilingi dugaan lebih  mencabar.  Sememangnya, akta-akta zalim seperti ISA masih menganga luas  dan tetap  mengintai mangsanya, tetapi "cubaan" yang datang bersama kuasa   memerintah -- walaupun baru di peringkat negeri dan kerajaan tempatan   --  cukup menakutkan.
Kuasa menawarkan  kedudukan,  imbuhan ekonomi dan penghormatan masyarakat. Peluang, dalam   bermacam-macam aspek, untuk disambar begitu luas terbuka. Kesempatan  itu  begitu mengiurkan. Jika seseorang itu mahu bersama-sama berebut  sumber,  baik daripada segi politik mahupun ekonomi, maka pelbagai  alasan boleh  diberikan, termasuk yang dikaitkan dengan "kepentingan  umum", termasuk  parti politik yang diwakilinya.
Sebahagian   tindakan itu mungkin tidak tergolong dalam kategori rasuah, yang boleh   diserkup SPRM. Ia lebih bergantung kepada integriti dalaman. Seorang   pemimpin kerajaan atau ketua jabatan, yang memegang posisi strategik,   semasa membuat keputusan penting khususnya berkaitan kewangan, boleh   sahaja memihak kepada mana-mana orang atau syarikat, tanpa melanggar   mana-mana peruntukan undang-undang. Bagaimanapun nalurinya lebih   mengetahui apakah ia bercanggah atau menepati prinsip integriti. 
Ada   yang menakrifkan integriti individu itu adalah keselarasan di antara   apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya;   keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral (akhlak), etika   dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan individu   dengan kepentingan umum. Dan apa yang dilakukan itu pula cepat, tepat   dan bermutu. Tindakannya pula konsisten.
Integriti   ibarat konsep ihsan dalam Islam:  "Ihsan adalah bahawa engkau  menyembah  Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat  melihatnya,  maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu." Maknanya, baik   semasa bersendirian dan tiada yang menyaksikan, atau ketika di hadapan   publik, menjadi tontonan awam atau diperhatikan CCTV, seseorang itu   tetap berkeperibadian unggul. 
Bercakap soal   integiti, saya tertarik dengan khabar bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya,    Prof Ir Judin Abd Karim, secara tiba-tiba ditukarkan ke CIDB (Lembaga   Pembangunan Industri Pembinaan), iaitu satu jawatan yang lebih rendah,   yang meletakkannya seolah-olah diturun pangkat. Pertukaran ini   memeranjatkan banyak pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana    Judin dikenali dengan ketegasannya berdepan kontraktor kroni dan   politikus Umno, yang begitu tamakkan projek-projek di JKR. 
 Menurut   seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan   disebabkan menteri dan kontraktor tidak menggemari cara kerjanya yang   tidak mudah berkompromi dengan perkara yang tidak mengikut peraturan.   Difahamkan, menjelang pilihan raya, projek JKR merupakan di antara   sumber utama dana Umno bagi membiayai kempennya nanti.
"Malang   sekali apabila JKR kehilangan seorang ketua pengarah yang dikenali   dengan sifat warak, solat dhuha dan puasa sunatnya, selain komited   dengan amalan profesionalime yang tinggi," tambah pegawai kanan itu.   Karier Judin, yang berkelulusan PhD dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari   University of Southern California, Amerika Syarikat, lebih tertumpu    dalam bidang rekabentuk.
Sikap Menteri Besar   Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak lebih mengujakan. Beliau cukup berhemat   dalam membelanjakan wang negeri. Posisinya dalam parti dan kerajaan   sentiasa dibezakan. Hinggakan ada ahli PAS yang merungut disebabkan   parti tidak mendapat apa-apa kelebihan walaupun selepas memerintah.   Kedudukan kerusi Pakatan di Kedah mungkin tidak sekukuh Kelantan, Pulau   Pinang mahupun Selangor, namun Ustaz Azizan tetap berpegang dengan   prinsipnya untuk tidak menyalahgunakan kuasa demi survival parti. 
Dalam   satu program PAS di Baling baru-baru ini, beliau menegaskan, walaupun   sudah mentadbir kerajaan selaku MB, namun beliau tidak membenarkan sama   sekali wang kerajaan digunakan untuk parti apatah lagi untuk  kepentingan  diri sendiri. "PAS sentiasa berdikari dan bergerak atas  duit dan  sumbangan ahlinya, tidak pernah menggunakan duit kerajaan.  Bukan macam  parti sebelah sana, yang bergantung kepada harta dan  jentera kerajaan  untuk apa juga program yang dilakukan," tegasnya.
  
Justeru, gaya pentadbirannya turut dipuji mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin. Sikap sederhana beliau terlihat jelas dalam kehidupan sehariannya, dan menjadi buah mulut rakyat Kedah, termasuk penyokong dan ahli Umno. Kepada pegawai kerajaan negeri, beliau memberi kebebasan sepenuhnya untuk menyokong mana-mana parti politik.
Justeru, gaya pentadbirannya turut dipuji mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin. Sikap sederhana beliau terlihat jelas dalam kehidupan sehariannya, dan menjadi buah mulut rakyat Kedah, termasuk penyokong dan ahli Umno. Kepada pegawai kerajaan negeri, beliau memberi kebebasan sepenuhnya untuk menyokong mana-mana parti politik.
Ketika  berucap kepada anak-anak  Kedah yang belajar di Mesir (dan ibu bapa  mereka), yang menerima bantuan  kerajaan negeri untuk kembali selepas  revolusi Medan Tahrir, Ustaz  Azizan menitipkan kata-kata hikmatnya:  Jangan terima kasih kepada  Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit  cukai."  
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment