SHAH ALAM 27 APRIL :  Ahli Lajnah   Politik PAS Pusat Khalid Samad menolak tanggapan Utusan Malaysia dan   Mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo bahawa Konsep 1 Melayu 1 Bumi   adalah perjuangan yang sah dan mulia untuk menyatukan Bangsa Melayu   bagi menghadapi 'penyatuan Masyarakat Cina'.
Menurut  Khalid, kaum Cina bersatu  bukanlah berdasarkan sentimen perkauman  sebaliknya bagi menentang  pemimpin yang korup dan rasuah serta tidak  membawa kebaikan dalam  mewakili mereka.
"Masyarakat  Cina telah maju dari segi  politik mereka. Mereka tidak lagi bercakap  mengenai politik perkauman.  Mereka lebih membicarakan persoalan  kerajaan prihatin, telus dan adil.  Fahaman politik mereka telah  meningkat. Masyarakat Melayu pula masih  dibelenggu politik perkauman,  tidak fikir persoalan keadilan, kebenaran,  rasuah dan sebagainya. tapi  Melayu bersatu, atas dasar apapun tak tau.  Masalah ini berpunca dari  UMNO yang ingin kekalkan politik Melayu di  tahap yang rendah.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir   Toyo hari ini mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang   Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak   keistimewaan orang Melayu. 
Selain  Khir, beberapa Pemimpin UMNO  seperti Timbalan Presidennya Tan Sri  Muhyiddin Yassin dan Naib  Presidennya Datuk Ahmad Zahid Hamidi turut  menyokong Utusan dan  menganggapnya sebagai 'Suara kaum Melayu'  bertentangan dengan perjuangan  Presiden mereka Datuk Seri Najib Razak  yang cuba mempopularkan konsep 1  Malaysia.
Menurut Khalid beliau tidak melihat sebarang tujuan penyatuan konsep tersebut dapat membawa kebaikan kepada orang Melayu.
"Kita  bercakap dari fakta, bukan sekadar  daripada tajuk sahaja tapi apa yang  dikatakan dalam ucapan-ucapan dan  kita nampak  konsep 1 Melayu 1 Bumi  di mana kita bersatu kerana bangsa  saja dan apa yang diperjuangkan itu  adalah baik atau sebaliknya.
Khalid  menegaskan, adalah tidak logik  mengatakan DAP memenangi kerusi dalam  Pilihan Raya kerana sentimen  bangsa kerana mereka bukannya menentang  calon Melayu.
"Dia nak menang di  kerusi-kerusi itupun  perlukan sokongan kaum lain. Setiap kali DAP  bertanding, biasanya calon  Cina lawan calon Cina. Masyarakat Cina tolak  Cina BN sebab nak kerajaan  yang bersih, telus dan adil. Bagaimana nak  dikatakan perkauman sedangkan  calon Cina menentang calon Cina?"
Justeru beliau menegaskan permainan Utusan ini hanyalah mainan UMNO untuk menakutkan orang Melayu.
"Tapi  orang Melayu terus  ditakut-takutkan supaya kekal dalam politik dunia  ketiga iaitu politik  perkauman. Mereka kata kalau UMNO jatuh, DAP naik,  sedangkan tak ada  satu kerusipun UMNO lawan DAP. Kalau UMNO lawan, dia  akan lawan calon  PAS atau calon Melayu PKR. Kalau UMNO Kalah yang naik  adalah PAS atau  calon Melayu PKR.
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
Mengikut   sumber dari akbar milik BN/UMNO perdana menteri Malalysia Datuk Sri   Mohd Najib Razak melawat secara rasmi ke Terenggganu pada penghujung   bulan April.
eorang   pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri   Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di   Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa   pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut   sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.


Namun,   apabila digoda pangkat dan kedudukan, dihampar khazanah dunia, ditawar   kemasyhuran dan prestij, tidak sedikit yang kecundang lemas. Rasuah,   salahguna kuasa dan penyakit beriringan, seperti kronisme, mudah merebak   bersama arus deras "KUASA".
   ke sana ke mari….tapi perasaan itu akhirnya hangus terbakar juga bila   mana membaca dan melihat sendiri sikap tamak dan kezaliman bangsa yang   paling dilaknat Allah ini.