Sunday, March 6, 2011

D-Day arrives for Kerdau voters

Malaikatmu.....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

p/s:: kenapa sekarang berlaku byk kes buang bayi.?? sedarkah mereka itu, bahawa bayi itu satu anugerah dari Allah.??
renung-renungkanlah... kerana kita semua ini adalah hamba-Nya..

Wang SES @ Wang AhLong????


TEMERLOH, 5 Mac: Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang.

Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan.

Fauzi menjelaskan, Bantuan Tanam Semula Risda adalah kutipan daripada wang SES yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan getah sebanyak 15 sen per kiligram kering yang mana 5 sen untuk kerajaan dan 19 sen untuk peneroka.

Janji pemberian wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau di Jengka 23 Ahad lalu.

Ahmad Maslan pula menjelaskan, pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau.

Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun.

Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun.

“Jika peneroka menerima mana-mana opsyen sekalipun, ia akan memebri bebanan yang melampau. Kenapa peneroka tidak difahamkan risiko semua opsyen kerana ia melibatkan hutang yang perlu dipotong setiap bulan?

“Kenapa pula pembayaran dibuat pada hari Isnin \6 Mac, tidak sebelum hari pengundian pada 6 Mac? Lagi pun, kenapa hanya peneroka di Jengka 22, 23 dan 25 sahaja yang dapat wang SES sedangkan peneroka tempat lain dinafikan hak nya?,” soal Fauzi.

Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

“Kenapa wang SES dan SITS itu tidak dibayar lebih awal sebelum kempen PRK sebab itu telah lama. Tidakkah itu berbentuk sogokan dan rasuah kepada peneroka untuk mengundi BN?,” soal Fauzi.

Org Yg Menipu & Yg Tertipu


Lim Kit Siang? Lim Guang Eng? Masa kat Kerdau… setiap buah rumah ada diedar risalah DAP anti islam. DAP anti melayu. Yang bertanding di Kerdau & Merlimau adalah PAS lawan UMNO. Kesemua 4 calon yang bertanding adalah melayu. Tetapi risalah rasis UMNO yang menyerang DAP pulak yang diedar.

Kalau DAP bertanding, nescaya risalah PAS nak laksanakan Negara Islam pulak yang diedar. Punyalah batu api UMNO ni…

Sekarang baru terlondeh. 1. Cina mana yang tipu melayu? 2. Melayu mana yang kena tipu. 3. Macamana boleh terbongkar?

Aku ingat Lim Kit Siang ke, Lim Guang Eng ke? Teresa Kok atau Elizabeth Wong? Ish 3X! rupa-rupanya…

Chan Kong Choy Didakwa Menipu Dalam Skandal PKFZ

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Seksyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Hah! Tu dia. Chan Kong Choi seorang yang diberi pingat Tan Sri. Dituduh menipu. Beliau bukan pimpinan PR tetapi bekas timbalan MCA. Bekas Menteri Pengankutan dan di tuduh bersekongkol dengan bekas Menteri Pengangkutan selaku Presiden MCA yang juga dianugerah pingat Tun oleh melayu UMNO. Tun & Tan Sri cina inilah yang menipu bekas Perdana Menteri juga seorang Tun melayu UMNO iaitu, Abdullah Ahmad Badawi. Seorang perdana menteri yang bertamaddun (Hadhari) tetapi telah dibadwikan oleh cina MCA. Malang sungguh!

Selama ini UMNO dok serang seolah pemimpin PR lah pengkhianat Negara, berkepentingan dan menipu rakyat. Tipu Negara? Sekarang ni baru jelas yang menipu Negara tu ramai di kalangan Tan Tin Tun. Segerabak dengan UMNO dalam kompenen BN. Mereka pakat tipu sesama sendiri untuk membaham harta rakyat. Bukan sedikit 12 billion!!!

Ingatkan melayu yang kena tipu itu Tok Guru Nik Aziz kea tau Tok Guru Haji Hadi. Sebab kuat sangat UMNO kempen DAP ganti PAS. Rupanya Melayu yang kena tipu adalah melayu UMNO. Bodoh sangat ke UMNO ni? Mcamana jadi PM? Siapa penasihat beliau. Mana menteri-menterinya? Habis apa kerja menantu beliau yang dikatakan bijak lagi pandai lepas Oxford tu. Atau sama-sama pakat membodohkan bapak mertua. Rupanya setakat itulah kehebatan kepimpinan yang berjaya dilahirkan oleh UMNO-BN. Munasabahlah dikalangan umat Islam, pemimpin jahiliyyah terkenal digelar Abu Jahl (Bapak Kejahilan) dan dikalangan mereka iaitu musrikin Quraish dipanggil Abal hakam (Bapak Kebijaksanaan).

Macamana boleh terlondeh? Itupun terlondeh dan berani dilondehkan selepas tiada jawatan. Barulah sangkut. Dalam masa yang sama imej Pak lah mahu terus dicemarkan oleh seseorang yang terus berdendan dengan beliau. Bukan dikalangan orang Pas tetapi dikalangan orang UMNO dan pimpinan UMNO. Itu baru PM sepenggal. Bagaimana dengan Tun Mahathir yang dah banyak penggal? Bila nak terlondeh? Fuhh!!! Macam Mubarak, Ben Ali atau Ghadafi le. Jatuh baru terlondeh. Sebab itu Mahathir dok berlengkar dilengan Najib dan amat bimbang kalau BN tumbang. Mana ada PM melayu yang tidak ditipu cina. Sejak PM pertama lagi, ditipu oleh Lee Kuan Yew sehingga terlepas Singapura.

Kita dok tunggu saki-baki cina yang menipu ini diheret. Bila lagi? Kita juga dok tunggu melayu mana pulak yang akan diheret kerana tipu melayu pulak. Takkan kes PKFZ yang hentam berbelas billion ini melayu tak tumpang semangkuk. Takkan Adun Pelabuhan Kelang ketika itu tak terlibat. Yelahhh selaku tuan rumah. Takkan MB Selangor ketika itu tak terlibat? Takkan Cina aje terlibat. Biasanya macam cerita P.Ramlee dalam gua tu lahh.. satu untuk engkau, satu untuk aku… Kita tunggulah. Mungkin akan ada sekor dua yang dikambing-hitamkan selepas tiada jawatan macam Khir Toyo tu.. Atau pun mereka-mereka ini masih berpangkat dan berjawatan atau masih besar kabel-kabel mereka ni sehingga masih selamat dari didakwa.

Kalau rakyat nak tahu siapa mereka ini? Kalau nak tahu betapa haprak mereka ini, rakyat perlu serah Putrajaya kepada PR. Dengan sistem kehakiman baru yang adil lagi telus nescaya dapatlah rakyat lihat siapa pengkhianat sebenarnya. Siapa penipu rakyat, Siapa penyamun tarbus. Rakyat akan lihat wajah-wajah UMNO-BN sebenarnya. Rasanya tak cukup penjara Sungai Buluh tu. Kalau tak pun pakai kapal selam lari ke Monggolia???-/ Asal





Thursday, March 3, 2011

PANDANGAN ULAMAK DUNIA dan MALAYSIA TERHADAP YUSOF QARADAWI!

  1. Muhammad Al-Ghazali mengatakan, "Yusuf Al-Qaradawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqih teori dengan realitas. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula."
  2. Abul Hassan An-Nadwi menyifatkan Al-Qaradawi sebagai seorang yang benar-benar sebagai alim, ulama serta pendidik yang terkemuka. Menurut An-Nadwi, Al-Qaradawi merupakan ulama lulusan Al-Azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan realitas dunia sekarang. Beliau menggabungkan ciri-ciri dakwah dan manhaj Hasan Al-Banna dengan akademik yang diperolehi di Al-Azhar. Beliau mengabungkan ciri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj."
  3. Mustafa Az-Zarqa’ menyebutkan Al-Qaradawi sebagai seorang tokoh masa kini yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Beliau menambahkan bahwa ada empat orang ulama yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini yaitu Syeikh Ali Tantawi, Abu Hassan Ali An-Nadwi, Muhammad Al-Ghazali dan Yusuf Al-Qaradawi. Menurutnya lagi, buku Fiqih Awalawiyat karya Al-Qaradawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan keutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang.
  4. Tariq Basri menyebutkan bahwa kita sekarang berada dalam zaman Al-Ghazali dan Al-Qaradawi.
  5. Taha Jabir Al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan Al-Qaradawi seorang ahli fiqih yang bercirikan da''i dan da''i yang bercirikan ahli fiqih.
  6. Muhammad Fathi Utsman, seorang pemikir Islam menyebutkan Al-Qaradawi seorang fuqaha dan da''i yang terkemuka yang berinteraksi dengan realitas kehidupan.
  7. Ahmad Ar-Risuni, Ketua Persatuan Tauhid dan Tajdid di Maroko mengatakan bahwa Al-Qaradawi adalah seorang ahli fiqih yang yang memahami tujuan-tujuan syariat.
  8. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan Al-Qaradawi sebagai seorang ahli fiqih yang beraliran sederhana dalam zaman kini.
  9. Husain Ahmad Qadhi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahwa ketika Al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah menshalatkan jenazahnya. Kami bermusyawarah untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf Al-Qaradawi. Peristiwa tersebut mengambarkan penghormatan kami terhadap beliau.
  10. NAJIB TUN RAZAK ulamak paling tersohor seantero dunia yang mempunyai isteri solehah kata Yusuf Qaradawi bukan terorist tapi kalau nak bertanding pilihan raya tinggalkan fahaman terorist..
Hebat tak ULAMAK TERSOHOR NO. 10 tu punya pandangan... Korang rasa ULAMAK yang mana yang menipu...? Atau korang pun macam ustat nor derih? ada Kashaf?

Tuesday, March 1, 2011

Kisah Menarik Islam vs Kristian

"Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah dengan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beerapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya.

"Bagaimana keadaannya, doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaanya amat kritikal. Si ibu sudah tidak sedarkan diri." Jawab doktor itu.

"Jadi,bagaimana doktor..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."

Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata apa-apa...

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat membuat pilihan!"desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati,lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah satu salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Seorang doktor beragama Kristian/ Katolik, ia akan beruasaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, kedua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad. Mengapa ia boleh berlaku sedemikian?

Dalam agama Kristian, setiap manusia yang lahir membawa dosa, doktrin ini dikenali dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa . Untuk menebusnya, ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya menyelamatkan si anak,agar ia dapat lahir dengan selamat dan sihat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, dengan tujuan untuk menebus dosanya. Ini kerana dosanya belum sempat ditebus.

Dalam Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan fitrah dan suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana ia tidak bimbang akan bayi yang masuk neraka. Dengan terselamatnya si ibu, Insya-Allah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan ke dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tidak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini, ada banyak agama dan kepercayaa. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kisah ini adalah salah satu daripadanya contohnya. Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan untuk mencari ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.

TERUSKANLAH MENGKAJI ILMU-ILMU AGAMA, MUDAH-MUDAHAN PENGETAHUAN YANG KITA PEROLEH AKAN SEMAKIN MEMANTAPKAN KITA DALAM MEMUTUSKAN SUATU MASALAH, DAN SEMOGA AKAN LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T

Monday, February 28, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Kisah Rasulullah S.A.W.....

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
------------------------------------------------------

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan...... 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
------------------------------------------------------

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
-----------------------------------------------------

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
------------------------------------------------------

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,.........
'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
-----------------------------------------------------

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.
' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
-----------------------------------------------------------

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
----------------------------------------------------------

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
----------------------------------------------------------

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
----------------------------------------------------------

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
-----------------------------------------------------------

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
-----------------------------------------------------------

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,..........
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'