Lim     Kit Siang? Lim Guang Eng? Masa kat Kerdau… setiap buah rumah ada    diedar  risalah DAP anti islam. DAP anti melayu. Yang bertanding di    Kerdau  & Merlimau adalah PAS lawan UMNO. Kesemua 4 calon yang    bertanding  adalah melayu. Tetapi risalah rasis UMNO yang menyerang DAP    pulak yang  diedar. Kalau DAP bertanding, nescaya risalah PAS nak laksanakan Negara Islam pulak yang diedar. Punyalah batu api UMNO ni…
Sekarang baru terlondeh. 1. Cina mana yang tipu melayu? 2. Melayu mana yang kena tipu. 3. Macamana boleh terbongkar?
Aku ingat Lim Kit Siang ke, Lim Guang Eng ke? Teresa Kok atau Elizabeth Wong? Ish 3X! rupa-rupanya…
Chan Kong Choy Didakwa Menipu Dalam Skandal PKFZPUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Seksyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Hah!     Tu dia. Chan Kong Choi seorang yang diberi pingat Tan Sri. Dituduh     menipu. Beliau bukan pimpinan PR tetapi bekas timbalan MCA. Bekas     Menteri Pengankutan dan di tuduh bersekongkol dengan bekas Menteri     Pengangkutan selaku Presiden MCA yang juga dianugerah pingat Tun oleh     melayu UMNO. Tun & Tan Sri cina inilah yang menipu bekas Perdana     Menteri juga seorang Tun melayu UMNO iaitu, Abdullah Ahmad Badawi.     Seorang perdana menteri yang bertamaddun (Hadhari) tetapi telah     dibadwikan oleh cina MCA. Malang sungguh!Selama ini UMNO dok serang seolah pemimpin PR lah pengkhianat Negara, berkepentingan dan menipu rakyat. Tipu Negara? Sekarang ni baru jelas yang menipu Negara tu ramai di kalangan Tan Tin Tun. Segerabak dengan UMNO dalam kompenen BN. Mereka pakat tipu sesama sendiri untuk membaham harta rakyat. Bukan sedikit 12 billion!!!
Ingatkan mela
yu     yang kena tipu itu Tok Guru Nik Aziz kea tau Tok Guru Haji Hadi.   Sebab   kuat sangat UMNO kempen DAP ganti PAS. Rupanya Melayu yang kena   tipu   adalah melayu UMNO. Bodoh sangat ke UMNO ni? Mcamana jadi PM?   Siapa   penasihat beliau. Mana menteri-menterinya? Habis apa kerja   menantu   beliau yang dikatakan bijak lagi pandai lepas Oxford tu. Atau   sama-sama   pakat membodohkan bapak mertua. Rupanya setakat itulah   kehebatan   kepimpinan yang berjaya dilahirkan oleh UMNO-BN.   Munasabahlah dikalangan   umat Islam, pemimpin jahiliyyah terkenal   digelar Abu Jahl (Bapak   Kejahilan) dan dikalangan mereka iaitu   musrikin Quraish dipanggil Abal   hakam (Bapak Kebijaksanaan).Macamana boleh terlondeh? Itupun terlondeh dan berani dilondehkan selepas tiada jawatan. Barulah sangkut. Dalam masa yang sama imej Pak lah mahu terus dicemarkan oleh seseorang yang terus berdendan dengan beliau. Bukan dikalangan orang Pas tetapi dikalangan orang UMNO dan pimpinan UMNO. Itu baru PM sepenggal. Bagaimana dengan Tun Mahathir yang dah banyak penggal? Bila nak terlondeh? Fuhh!!! Macam Mubarak, Ben Ali atau Ghadafi le. Jatuh baru terlondeh. Sebab itu Mahathir dok berlengkar dilengan Najib dan amat bimbang kalau BN tumbang. Mana ada PM melayu yang tidak ditipu cina. Sejak PM pertama lagi, ditipu oleh Lee Kuan Yew sehingga terlepas Singapura.
Kita dok t
unggu     saki-baki cina yang menipu ini diheret. Bila lagi? Kita juga dok    tunggu  melayu mana pulak yang akan diheret kerana tipu melayu pulak.    Takkan  kes PKFZ yang hentam berbelas billion ini melayu tak tumpang    semangkuk.  Takkan Adun Pelabuhan Kelang ketika itu tak terlibat.    Yelahhh selaku  tuan rumah. Takkan MB Selangor ketika itu tak terlibat?    Takkan Cina aje  terlibat. Biasanya macam cerita P.Ramlee dalam gua tu    lahh.. satu untuk  engkau, satu untuk aku… Kita tunggulah. Mungkin  akan   ada sekor dua yang  dikambing-hitamkan selepas tiada jawatan  macam  Khir  Toyo tu.. Atau pun  mereka-mereka ini masih berpangkat dan   berjawatan  atau masih besar  kabel-kabel mereka ni sehingga masih   selamat dari  didakwa.Kalau rakyat nak tahu siapa mereka ini? Kalau nak tahu betapa haprak mereka ini, rakyat perlu serah Putrajaya kepada PR. Dengan sistem kehakiman baru yang adil lagi telus nescaya dapatlah rakyat lihat siapa pengkhianat sebenarnya. Siapa penipu rakyat, Siapa penyamun tarbus. Rakyat akan lihat wajah-wajah UMNO-BN sebenarnya. Rasanya tak cukup penjara Sungai Buluh tu. Kalau tak pun pakai kapal selam lari ke Monggolia???-/ Asal
No comments:
Post a Comment