1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah  menampalnya sendiri tanpa  perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk  keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 
------------------------------------------------------
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah  siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan  bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah  menceritakan...... 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu  urusan rumahtangga. 
------------------------------------------------------
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 
-----------------------------------------------------
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar  waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang  mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka  Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah 
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') 
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai  Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari  ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 
------------------------------------------------------
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,.........
'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras  kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah  dia.' 
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan  mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' 
-----------------------------------------------------
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.
' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga  langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin  umat. 
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para  sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain  amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah  sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama  lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu  langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan  yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar.  Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 
'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami  mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau  sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. 
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.  Perut baginda yang kempis,kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi  batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil  itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh  baginda. 
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya  makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab  dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau  korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH  nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?'  'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak  tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang  kelaparan di Akhirat kelak.' 
-----------------------------------------------------------
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 
----------------------------------------------------------
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh  seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh  rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam  masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 
----------------------------------------------------------
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang  sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke  tuanan. 
----------------------------------------------------------
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan  sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai  mahupun dalam keseorangan. 
-----------------------------------------------------------
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda  masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus  beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah  bengkak-bengkak. 
-----------------------------------------------------------
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang  tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah  engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih 
bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah,  bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi  hamba-Nya yang bersyukur.' 
Rasulullah s. a. w. bersabda,..........
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'
No comments:
Post a Comment