Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis  laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli  ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut  az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit  keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut  at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit  ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah  iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah  s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata,  "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik  daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam  daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku  membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang  dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana  bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud  dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka,  mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah  selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana  bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia  berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia  tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas  keengganannya.
Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada  asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan.  Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti  daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada  dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang  permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang  bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti  taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari  syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak  akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t.  melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun  iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya,  mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi  kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para  malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi  jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis  laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t.  berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu  mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman  Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua  tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun  berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan  Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,  "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi  adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi  untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan  seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."  Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah  s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau  berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis  laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t.  berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan  berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong  menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda  mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta,  iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam  haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat  perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan  senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai  anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka  dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang  tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal  ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :  "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara  engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan  yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan  berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka  melainkan (semata-mata) tipuan."
No comments:
Post a Comment