Pertama, bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya?
Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa:
Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.
Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL.
Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi.
Kedua, ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scale itupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna.
Ketiga: Datuk T berkata:
“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.
Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa?
Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu.
Keempat: Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.
Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful!
Kelima, kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut?
Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya.
Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.
No comments:
Post a Comment