nota:
tak melawan mati kena tipu
lebih baik bangun melawan
kalau melawan pasti tak
ada sesiapa berani menipu
kah kah kah
KEMANA HILANGNYA WANG SIMPANAN FELDA – musika25.blogspot.com
Timbalan  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  Ahmad Maslan mengakui  bahawa  kedudukan tunai kewangan felda merosot daripada rm 4.08 billion  pada  tahun 2004 kepada rm 1.35 billion pada tahun 2009.
Kemerosotan rm 2.73 billion dalam masa 5 tahun amatlah mengejutkan dan meragukan.
Alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan adalah seperti berikut semasa menjawab di dalam Sidang Parlimen baru-baru ini:
1) Rm 2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,
2) Rm 603 juta untuk pinjaman rumah,
3) Rm 253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah dan
4) Rm 662 juta untuk bangunan baru Felda.
MENGELIRUKAN ATAU MENIPU ?
1)  Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum  setiap  bulan dan dipotong oleh pengurusan felda. Berapakah jumlah  sebenar  kutipan daripada caruman tersebuj ? Adakah ianya disimpan atau   dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian   yang belum dikembalikan kepada peneroka tersebut ?
2) Setiap  pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang  yang dibayar  balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka  dikenakan kos  pengurusan 2.5 % atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan  keseluruhan  daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka  berkenaan ?
3)  Apakah relevannya felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah  sedangkan  penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda  Plantation,  Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda  Gugusan Sahabat.  Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda  Plantatioin?
4)  Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan menteri  Tanah  Dan Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Kwong (1999 - 2004) bahawa  felda  telah membayar pendahuluan 40% atau rm 230 juta daripada harga  sebenar  rm 662 juta kepada pemaju projek iaitu Naza TTDI (TTDI  Development Sdn.  Bhd.) untuk membina bangunan baru felda di Platinum  Park KLCC ? Sehingga  kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah  dilakukan?
5)  Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Febuari 2008   mencatatkan kos pembinaan bangunan baru felda yang bertaraf 5 bintang   terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Singapura ialah rm 640.77 juta.   Kenapakah harganya kini meningkat kepada rm 662 juta?
6) Adakah  benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa  wujudnya suatu  perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan  ibupejabat felda sedia  ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak  dengan kos anggaran rm 220  juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan  bangunan lama telah pun dibuka dan  Perdana Menteri ketika itu Tun  Abdullah Ahmad Badawi juga telah  bersetuju merasmikan majlis pecah  tanah pembinaannya. Apakah  kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan  dibina bangunan baru di  tapak lain dengan kos begitu mahal?
7) Adakah benar dakwaan harga  bangunan baru setinggi 5o tingkat itu  yang mencecah rm 662 juta terlalu  tinggi dan bagaimana penilaiannya  dibuat?
TUNTUTAN
Felda  adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera yang  bertujuan  menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.  Pendedahan yang  dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku Timbalan Menteri  Tanah dan  Pembangunan Koperasi yang Menterinya ketika itu  Kasitah  Gadam adalah  sangat serius. Pengakuan oleh Ahmad Maslan sangat  memeranjatkan.  Kemerosotan rezab tunai felda lebih 60% dalam tempuh 5  tahun di bawah  pengendalian  Najib  Razak adalah sesuatu yang tidak  boleh diterima.
Selaku  institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan  mempunyai  43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan, kestabilan  felda telah  menjadi tanda tanya. Wang peneroka felda telah dibazirkan  sesuka hati.  Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan  politik Barisan  Nasional kerana felda adalah hayat terakhir mereka.  Logiknya beberapa  tahun akan datang, samada felda terpaksa membuat  pinjaman baru berskala  besar atau diisytiharkan bangkrap.
Isu ini membabitkan  kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000  generasi baru felda.  Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja  boleh dikaitkan dengan  dakwaan di atas.
p/s-kalau macam ni orang-orang felda tak sedar lagi tak tau la..biar mati sebagai pembangkang..jangan mati ikut temberang..
No comments:
Post a Comment