Adakah   seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan  nekad  untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di teng
ah-tengah ibu negara? 
ah-tengah ibu negara? Dan,   apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman   yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.   Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya   dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Dalam  percubaan terbaru untuk memusnahkan  kredibiliti Ketua Pembangkang  berusia 63 tahun itu, seorang yang  bergelar “Datuk T” hari ini menyewa  kemudahan di Hotel Carcosa yang  mempunyai kadar sewa paling mahal di  Kuala Lumpur. Beliau berbuat  demikian kononnya untuk membolehkan  wartawan menonton video itu sebelum  ia dihantar kepada Anwar dan  isterinya. 
“Datuk  T” menggambarkan dirinya  sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan  yang mahu menegakkan  kebenaran. Jika itu tujuannya, mengapa tidak  diserahkan video itu kepada  pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama  Islam? 
Mengapa  tidak terus “melepaskan”  video itu untuk disebarkan kepada orang ramai  supaya kesahihan video  ini dapat dikenal pasti secepat mungkin? Kenapa  harus tunggu seminggu? 
Kenapa  harus tunggu  seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar  berundur secara  terhormat? Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video  ini daripada  khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti  maksimum untuk  memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh  golongan  profesional. 
Bagi mereka yang  mengenali selok  belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan  utama ialah  sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata  lain, apakah  teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya. 
Pada   perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya   menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar. Namun   akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang   dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak   akan dapat dipertahankan di mahkamah. 
Justeru,   tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan. Sejak   itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan   sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu. 
Kepada   mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang   tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia   adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang   ada. 
Di tangan polis 
Jika   Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di   tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh   memperakukan kesahihannya. Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan'   video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula   tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau. 
Jelas   tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi   percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya. Dengan bertindak   demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan   Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ. 
Lawan   politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan   memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini   terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA   terhadap Anwar secara tidak sah. Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam   Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis   dalam video berkenaan. 
“Jadi jangan ada  spekulasi  bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan  mungkin tidak  akan tengok,” kata beliau. Hanya Hishamuddin tahu kenapa  beliau bingkas  menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan  sebegitu  dibuat. 
Banyak tandatanya  menghantui pihak media  ketika menonton video seks yang dikatakan  melibatkan seteru Perdana  Menteri, Najib Tun Razak. Walaupun imej muka  yang dipaparkan  "menyerupai" Anwar tetapi bentuk tubuh dengan perut  yang boroi  meragukan, ulas seorang wartawan. 
Untuk  kali  kedua dalam tempoh kira-kira empat tahun, negara digemparkan  dengan klip  video seks yang didakwa membabitkan ahli politik terkemuka.  Kali ini,  video tersebut didedahkan kepada pihak media di sebuah hotel  mewah di  Kuala Lumpur hari ini. 
Manakala  majoriti wartawan  yang menonton video tersebut hampir pasti identiti  ahli politik yang  didakwa itu, namun masih banyak persoalan  mengenainya. 
Siapakah 'Datuk T'? 
Orang   yang menganjurkan tayangan video tersebut, hanya mahu dikenali sebagai   'Datuk T' dan dia amat berhati-hati untuk mendedahkan lebih banyak  lagi  tentang dirinya. 
Bagaimanapun, yang  pasti ialah  Datuk T telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini  dan telah  menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa  Seri  Negara untuk mendedahkan video tersebut. 
Dia   sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa   ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam  kenyataan  bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan  ahli  politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut.
No comments:
Post a Comment