CIA, FBI dan PDRM masing-masing nak membuktikan bahawa merekalah yang   paling terrer sekali dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Jadi... si   President Polis Dunia pun buat laa... satu ujian untuk menilai tahap   kecekapan mereka. Salah satu dari bentuk ujian itu ialah dengan melepaskan seekor arnab ke   dalam hutan dan menyuruh ketiga-tiga anggota yang mewakili Agensi   masing-masing mencarinya.
CIA: Mereka   selalu menganggap merekalah yang terbaik, jadi dengan segala  kelengkapan  dan kecekapan yang ada, mereka membuat perancangan modus  operandi  dengan menempatkan segala binatang dalam hutan tu... sebagai  informer ke  seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yang ada di dalam   hutan. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan, mereka   membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud. Hahaha... senangkan peranan CIA...!!!!
FBI: Selepas 2 minggu ketiadaan  sebarang  petunjuk, mereka mengambil tindakan dengan membakar hutan itu  lalu  membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Lalu  mereka  membuat kesimpulan yang sudah nasib  si arnab tadi untuk mati di  dalam  hutan tersebut. Hahaha.... lagi mudah untuk menutup kes...
PDRM: Setelah  bersetuju dengan modus operandi mereka anggota PDRM mula masuk  ke  hutan. PDRM memang cekap wa cakap luuuu.... mereka keluar 2 jam  selepas  itu dengan seekor beruang yang dah lembik sebab kena pelupuh  kow-kow  punyear....
Beruang itu menjerit-jerit, 'OK.. OK...  aku arnab... aku arnab... aku mengaku aku arnab...!!!
So... dari ketiga-tiga sketsa ujian siasatan di atas... lu orang   anggaplah diri lu orang sebagai Presiden Polis SeDunia dan lu orang   buatlah penilaian... di antara CIA, FBI dan PDRM yang manakah paling   cekap sekali dalam menyelesaikan kes jenayah...????
Lu Pikirlah Sendiri
No comments:
Post a Comment