Oleh Saiful Bahri
Macam   orang mengigau dari tidur… PM Malaysia  mengaku Malaysia adalah Negara   Berkebajikan. Kalau Presiden PAS cakap ke  Arah Negara Yang Adil, nes
caya   PM apabila ditanya oleh wartawan pasti  dia jawab.. Malaysia merupakan   Negara yang adil. Samalah seperti  mentornya. Tun Dr Mahathir Mohamed.   Apabila Pas memperjuangkan kearah  menegakkan Negara Islam lalu dia   mengumumkan Malaysia adalah Negara  Islam. 
caya   PM apabila ditanya oleh wartawan pasti  dia jawab.. Malaysia merupakan   Negara yang adil. Samalah seperti  mentornya. Tun Dr Mahathir Mohamed.   Apabila Pas memperjuangkan kearah  menegakkan Negara Islam lalu dia   mengumumkan Malaysia adalah Negara  Islam. Hebat jugak Presiden PAS ni. Muktamar hanya di Taman Melewar, dok dicelah-celah taman dan perkampungan sempit di KUIZM. Hanya dibucu Taman perumahan tetapi diperhatikan orang diseluruh pelusuk dunia dan dalam kesibukan PM Najib berurusan di Kazakhstan, sempat lagi mengulas:
Kazakhstan : 6 Jun -   Datuk Seri Najib  Razak berkata laungan terbaru oleh PAS yang kononnya   hendak  mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan   itulah  yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan BN selama ini.
Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
 
Sebenarnya  Presiden Pas sudah  memperkenalkan istilah negara  berkebajikan ini sejak  2008 iaitu zaman  pak Lah menjadi PM. Dah 3  tahun pemimpin Umno tak  belajar memahaminya.  Istilah pun masih keliru.  Lihatlah betapa bebalnya  apabila seseorang  yang tak belajar tentang  Islam. Tidak mengetahui  tentang definisi dan  takrifan ‘Negara  Berkebajikan’ menurut Islam. Yang  dia tahu subsisi  & wang ehsan  aje!!!. Golongan sekular tahu  penggunaan istilah  tetapi tidak tahu  maknya. Istilah itu tetap difahami  sebagaimana minda  sekular mereka.Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
Apabila  mereka menyebut  agama lalu mereka melihat  agama Islam sebagai  agama-agama lain yang  sekular yang memisahkan  agama dari pemerintahan  sedangkan ulama dan  gerakan Islam mentakrifkan  Islam sebagai ad-din yang  menyeluruh dan  syumul dan mencakupi segenap  bidang apatah lagi  pemerintahan sebagai  khalifah Allah bagi  meneruskan tugas Adam a.s.
Apabila disebut ‘sembahyang’ bagi mereka penganut budha pun sembahyang, penganut hindu pun sembahyang. Apakah sama dengan solat umat Islam. Apabila disebut taat kepada ibu-bapa maka semua agama menganjurkan taat kepada ibu-bapa tetapi adakah sama dengan perkataan al-birr (buat kebajikan) terhadap ibu-bapa?
Apabila disebut ‘sembahyang’ bagi mereka penganut budha pun sembahyang, penganut hindu pun sembahyang. Apakah sama dengan solat umat Islam. Apabila disebut taat kepada ibu-bapa maka semua agama menganjurkan taat kepada ibu-bapa tetapi adakah sama dengan perkataan al-birr (buat kebajikan) terhadap ibu-bapa?
Kekeliruan ini dan kebebalan ini dijelaskan sendiri oleh Allah Swt: 
" Bukanlah dikatakan kebajikan itu kamu menghadapkan wajahmu ke ke timur maupun ke barat akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah kamu beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat, kitab dan nabi-nabi serta memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Baqarah:177).
Bila   kita kaji ayat-ayat tentang kata al birr,  termasuk ayat di atas, maka   akan didapat kesimpulan bahwa kebajikan  itu menurut Mahmud Syaltut  dalam  tafsirnya di bahaginya menjadi tiga,  iaitu birr dalam aqidah,  birr  dalam amal dan birr dalam akhlak. 
Maka   cuba kita lihat Negara Malaysia yang  dikatakan Negara kebajikan oleh   Umno-BN sebagaimana disebut Najib.  Apakah aqidah Negara Malaysia? Islam   kah? Apakah amalan Negara  Malaysia? Apakah Negara rasuah, kronism,  pecah  amanah, serta  pelaksanaan cukai serta kenaikan harga barang,  elektrik,  petrol yang  tak terbendung ini merupakan kebajikan? Apa lagi  dari segi  akhlak  maupun halal/haramnya. Hakikatnya Negara berkebajikan  adalah  Negara  Islam yang lengkap dengan cirinya yang meletakkan  asas-asas  aqidah  Islamiyyahnya serta Negara yang dipandu dengan ajaran  al-Quran  dan  al-Hadis serta dipimpin oleh mereka yang beriman dan  bertaqwa kepada   Allah. Nak harapkan Umno? Jauh panggang dari api!!! 
Nampaknya   betapa kuat cengkaman minda sekularisme  yang membelenggu pimpinan   Umno-BN sehingga menghukum sesuatu  berdasarkan benda semata. Banyak lagi   tugas ulama muda Umno untuk  mentarbiyyah pimpinan mereka. 
 
Itupun   kalau nak dibanding, dikira dan dihitung... kebendaan  duniawi,   kebajikan kebendaan pun gagal dilaksanakan oleh Umno-BN  terhadap rakyat   Malaysia jangankan akidah & spritual. Sudah  semoleknyalah...   alternatif PR menggantikan BN dalam PRU 13 nanti bagi  mempamerkan apakah   sebenarnya Negara Berkebajikan yang dapat  dipamerkan kepada rakyat   keseluruhnya.Tak tengok, tak rasa dan kalau tak undi PR manakan dapat merasa!!!
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
No comments:
Post a Comment