|  
    KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud. 
 
Ini  kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang   undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung   undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya. 
 
Ia  disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku  Perdana  Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz  pada tahun 1993 lalu. 
 
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah  (ii) 1993 (Hukum Hudud)  telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri  Kelantan pada tahun  1993.  
 
 
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990. 
 
Selepas  muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya  menulis  dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara  Islam  yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai. 
 
"yang menang  besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS.  Ianya ialah  Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat  untuk mendiri  negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah  pun tercapai,"  tulis Mahathir. 
 
 "Dr   M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh   hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!"   tulis Saifudin (gambar kanan)  dalam Twitternya. 
Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam. 
 
"Mesej  saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab  rekod  Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga  anggota  Parlimen Machang, Kelantan. 
Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud   habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr   Mahathir salahkan Karpal." 
Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak  menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!  
 
"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin. 
Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau   boleh memahaminya  sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang   negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham. 
Surat Dr Mahathir 
Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini. 
 
“(Tun)  Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan  memberi  amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan  pusat akan  mengambil tindakan. 
 
“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung  perlembagaan oleh Mageran… Jadi  kalau (kita) tak boleh buat semua,  jangan kita tinggal semua,”  katanya. 
 
“Kalau kerana hukum hudud,  satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan  Kelantan nak digantung oleh  kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,”  kata Nik Aziz dalam satu dialog  bersama penulis blog dan facebook di  Hotel Grand Season di ibu negara,  baru-baru ini. 
 
Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan  kuasa untuk  melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh  ditinggalkan  semua undang-undang berkenaan. 
 
Dengan mengumpamakan  tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya,  sekiranya tidak mampu  untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak”  sehingga habis. 
 
“Oleh  itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana  (Islam)  satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong  PAS,” katanya  yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan  pemilik Facebook. | 
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."
 
No comments:
Post a Comment