KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.
Dewan  itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan  kepada  anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di  Shah  Alam baru-baru ini.
Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.
Mereka  termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas,  Suhaizan  Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir  Zakaria.
Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.
Keputusan  itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat  pertama kabinet  baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda  PAS Malaysia,  bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala  Lumpur.
Untuk  Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad  Kamil  kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari  diisi oleh  Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.
Ketua penerangan dewan itu  pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin  Mohamad Nor manakala pengarah  pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.
Ketuanya, Nasrudin  Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru  itu berpendapat  dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah  banyak pihak melihat  keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti  oleh kelompok ulama.
"Struktur  organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan  dilengkapkan  secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap  upaya dan latar  belakang disiplin penguasaan ilmu.
"Saya mengharapkan kabinet  ini mampu menghadapi cabaran baru dalam  iklim politik masa kini  sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan  Pemuda PAS dengan penuh  tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika  dihubungi Harakahdaily.
Katanya,  biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau  yakin  kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin   kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Dalam  pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan  sahaja  oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.
"Dalam  masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat  untuk  memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan  menyesuai  potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.
"Sungguhpun  keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua  pihak, saya  mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti  dengan lebih baik  dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:
Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]
1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah
Ahli Jawatankuasa  [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]
1. Sdr Suhaizan bin Kaiat  [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah  Jabatan ]
9.  Herman Samsudee [ Pengarah  Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah  Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah  Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah  Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah  Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah  Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah  Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi  [ Pengarah  Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah  Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah  Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]
Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi
Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin Hamzan 
"Sesungguhnya, Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku.....hanya kerana ALLAH TAALA..."